Saturday, September 10, 2022

Sedih Dengan Keadaan Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama sungguh tak komen apa2 pasal yang terjadi di Malaysia. Maklumlah, kadang2 fikir apa yang kita tulis ni takut macam tak betul tapi sekarang, aku fikir ini hanyalah sebagai pendapat peribadi yang tidak memaksa sesiapa untuk menerimanya seikhlas hati, hanya sekadar tulisan ringkas sahaja. Aku jadi sedih dengan keadaan ekonomi Malaysia yang mana barang makin lama makin mahal dan menteri pulak makin dalam keadaan selesa. Aku sangat benci2 giler di mana menteri di Malaysia langsung tak endahkan keadaan semasa, dia hanya pentingkan tekak dia je, rancangan strategik diorang selalu tak menjadi sebab asal boleh sahaja, takde langsung rasa nak selamatkan rakyat. Kita hidup walaupun ikut peringkat, diorang sebagai pemimpin bukan setakat kerja sebagai pekerja biasa, diorang adalah pemimpin yang mana diorang kene merancang apa yang terbaik untuk rakyat. Tapi, dalam keadaan rakyat tengah susah, barang harga naik, menteri boleh naikkan gaji diorang berpuluh-puluh ribu. Ya Allah, diorang ni menteri taw, pemimpin atau bahasa mudahnya ketua di mana diorang bekerja untuk rakyat, bukan bekerja untuk sedapkan tekak mereka sendiri. Rasuah merata2. Kau tengok, duit Malaysia menurun mendadak. rm1, dollar jadi 4.73 tak silap aku. Menteri kaya2 tak hairan pun bende ni sebab duit dorang dah berkepuk, boleh pergi bercuti luar negara sesuka hati bila2 masa rakyat tengah susah payah nak cari duit. Dan diorang boleh pertikaikan rakyat boros, itu sebab gaji rm1200 tak cukup. Diorang fikir apa? Diorang cakap berdasarkan statistik apa? Diorang bercampur dengan rakyat atau sekadar edit2 je dalam excell statistik tuu?? Diorang kira secara purata ?? Diorang kira ambik contoh2 orang kaya je ke? Diorang tak ambik contoh mana2 penduduk miskin yang duduk terpelosok tu? AKu taktahu lah, dulu orang putih sendiri takut nak bagi orang melayu kaya masa diorang jajah, jadi diorang bagi kerja bercucuk tanam je. Pendidikan pun tak nak bagi secara menyeluruh. Kali ni, menteri pun ikut perangai penjajah jugak ke, takut bagi rakyat senang, takut rakyat kaya, takut rakyat pandai, itu sebab ekonomi dan pendidikan diorang jaga jadi teruk dan gagal sudahnya. Kau tengok sekarang budak2 pun dah terhasut mindanya, tak nak sambung belajar sebab muda2 pun boleh jadi kaya hanya dengan berniaga atau tiktokers... Aku stres menteri2 ni memang sangat2 pentingkan sendiri. Malaysia boleh jadi miskin sebab negara luar pun takut nak melabur di Malaysia sebab takut tak ada keuntungan, sudahnya siapa rugi? Orang2 tua dalam kementerian memang lembab giler buat kerja. Makan masa dan banyak bazir masa je, asalkan duit masuk, boleh beli kereta rumah mahal2. Sedih dapat menteri pentingkan diri sendiri, nak selamatkan kroni sendiri je. Kesian ekonomi Malaysia sekarang. Sumpah kesian. 

Kadang2 kan aku pelik, menteri ni tak tahu malu ke, tak sedar ke rakyat sebenarnya nampak je kedunguan diorang dalam bekerja tapi dioran macam taktahu malu, lagi terus buat taktahu malu tu. BUat2 macam buat kerja padahal rakyat tahu apa impaknya diorang punya pura-pura kerja tu. Nama pun kerajaan kan. Datang kerja makan tido, report2 entah apa2, meeting bukan2, program bukan2, kerja nya macam senang je. Tahu2 je kul 5 sharp balik kerja. Swasta walaupun kroni tapi bekerja kerasa lah jugak. Hospital dan klinik kerajaan je nampak lah orang eh buat kerja, taktahu lah badan2 kerajaan yang lain duk dalam office, chop dan sign je.