Saturday, November 19, 2022

Mungkin Rakyat Dah Redha

 Salam. Semalam pilihan raya ke 15, sangat sengit ye persaingan dia dengan PN kejar PH selang 3-4 kerusi je. AKu rasa rakyat yang vote PN dah start redha bagi PH menang. Dorang tengok calon orang Islam ramai je kat PH tapi dorang tak tengok kot dominannya DAP dalam tu. DAP dulu takde sape pun nak sokong, majoriti orang Melayu lebih ke arah BN. Nak tarik undi orang Islam nye pasal, terpaksa jadikan Anwar alat nak tarik sokongan orang muda. Kalau aku tulis macam ni, confirm, budak twitter marah dan tersinggung. Aku tengok trend budak twitter diorang semua nak kebebasan dan boleh pulak salah kan orang2 tua yang still dengan permainan sentimen lagi bila bab demokrasi. Padahal diorang budak lagi baru nak up dah beria-ria pelbagai dah ilmu dia dalam politik. Orang tua tu dah tengok depan mata dah apa akan berlaku kalau pilih kerajaan tu. Silapnya diorang tak terdedah dengan informasi mengenari korupsi. Budak twitter dipenuhi budak2 sekularisme sebenarnya, diorang dah biasa bebas dan tak kisah pun kalau orang bukan Islam tadbir negara. Bagi dorang, kita dah moden patut sentimen perkauman dan keagamaan ni letak belakang. Atau lebih kurang, belakangkan agama. Diorang sendiri sosial bebas macam tu, mana taknya tak kisah kalau agama diletakkan di belakang. AKu ni bukan lah nak kata alim sangat tak boleh ada perasaan common sense la, untuk selamatkan Islam jangan biarkan orang yang zalim yang mengganggu gugat hak2 orang Melayu dan hak2 orang Islam. DIorang still tak faham, diorang pun sama je main sentimen mengatakan hak2 orang Melayu dah reput, tak patut topik ni hidup lagi sekarang. Diorang dah pemikiran sekular lah tu. Dorang ambik contoh Penang la apa la. Dorang yang mudah digadaikan maruah dorang. Aku nak PN menang tapi kerusi nampaknya yang paling leading PH. Benda tak akan jadi rasis kalau DAP, diorang tak start nak persoalkan hak2 kaum bumiputera dan orang Islam. Eh, orang Melayu Islam dah lama duduk Malaysia, tibe2 dia nak persoalkan hak2 kaum bumiputera. Cuba kau duduk China lepas tu kau pertikaikan hak2 keistimewaan China, kau rasa sentimen perkauman dan keagamaan takkan wujud? Tapi kau penduduk je kan, lain agama dan kaum pulak tu, mesti kau tak terasa pun nak persoalkan sebab kau sedar diri kau menumpang. Cuba kalau kat Malaysia? Diorang siap persoalkan hak2 raja2 melayu dan hak2 bumpitera. Hok orang kenapa nak dipertikaikan. CUba sepupu tumpang rumah kau tibe2 dia persoalkan hak2 keistimewaan adik kandung kau. Walaupun sekeluarga, tapi dia tetap tak boleh persoalkan hak keistimewaan adik kandung kau sebab itu adik kandung kau dan adik kandung kau tu pun dah lama duduk situ. Susah lah bagi orang muda faham sebab diorang nak kebebasan. Diorang tak kisah kalau agama di belakang. Rasis takkan terjadi apa yang jadi hak milik bumiputera, apa hak Islam di Malaysia tak diganggu gugat.