Thursday, November 24, 2022

Keruhnya Masyarakat

 Tahniah diucapkan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim di atas kejayaan merangkul pangkat dan jawatan sebagai Perdana Menteri yang ke-10. Setinggi2 kesyukuran diucapkan ke hadrat Ilahi kerana Allah sahajalah yang menentukan rancangan-Nya sama ada diterima atau tidak oleh hamba-hamba-Nya yang hina ini. Maka, dengan ini, haruslah umat Islam sesama sendiri berhenti berbalah dan saling memprovokasi. Aku sebagai rakyat Malaysia, kaum Melayu, beragama Islam, sedih dengan sesetengah orang yang masih melakukan provokasi terhadap parti lain yang mana merupakan satu bangsa satu agama sampai sanggup mencaci dengan kata carutan. Apa dia sedar darjat dia di sisi Allah barangkali mungkin lagi tinggi daripada orang yang dicacinya itu. Orang kata ulama, tak patut menggunakan agama dan menjatuhkan hukum untuk orang lain. Memang benar, Islam tidak ajar untuk menimbulkan sensitiviti perkauman dan tidak juga ajar menjatuhkan hukum kepada orang lain. Tetapi ini tidak bermakna kita boleh mencaci dia selama-lamanya di atas perbuatannya. Di atas muka bumi ini, tiada manusia yang suci hatta pemimpin yang mendapat sokongan majoriti pun tidak dapat lari daripada buat kesilapan. Sebagai umat Islam, kita seharusnya saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Ada orang susah nak lupekan perbuatan terkutuk orang lain dan sebab itu hatinya tidak beroleh ketenangan disebabkan terlalu ingat sangat keburukan yang orang lain telah buat. Hati dia tak tenang, selagi orang yang dia tak suka bercakap sekalipun, selagi itu hati dia tak rasa tenteram dan tetap jugak nak sebarkan kebencian antara satu sama lain. Setakat tak ucap tahniah pun dah dilabel sombong. Aku bukannya pentaksub, cuma kita tak boleh lah terlampau taksub sangat nak keruhkan keadaan. Kata pengundi, pengundi ada akal boleh fikir yang jernih dan yang keruh. Meskipun kita berbeza pilihan, kita tetap akan kembali kepada kebenaran. 

Itulah bila terjadinya perpecahan politik. Pemimpin sendiri yang menyebabkan rakyat berpecah-belah tatkala membuat pilihan. Masing2 salahkan orang lain kerana tidak sehaluan pendapat lagi2 budak2 bandar di twitter, budak2 yang hidup senang di twitter. Apa pendapat kita berikan semua dia tepiskan, tidak mahu merenung pendapat kita itu sebagai perkara yang ada makna. 

Terserah. Semoga pilihan majoriti hari ini akan membawa keamanan kepada Malaysia, tempat lahirku kini dan selamanya. Amin. Lebih penting sekali, hentikanlah provokasi, hentikan rasa kebencian terhadap bangsa dan agama sendiri.