Sunday, April 9, 2023

Nikotin Dihalalkan Kerajaan

 Kecoh sekarang ni di mana kerajaan dah meluluskan untuk keluarkan nikotin daripada kategori beracun yang mana memudahkan pembekal-pembekal vape boleh menjual vape secara berleluasa. Vape adalah sejenis alat untuk hisap rokok tapi lebih kepada elektronik lah, orang kata nak kurangkan merokok tapi sebenarnya cecair dalam vape lagi memudaratkan daripada rokok sebab dia buat orang lagi bertambah ketagih. Dah banyak usaha dilakukan pejabat-pejabat kesihatan tentang bahayanya vape ni kepada masyarakat tetapi masyarakat tetap memandang enteng dan merasakan tiada masalah pun kalau hisap vape banyak-banyak. Sudahlah membahayakan diri sendiri, itu belum campur sejenis masyarakat yang hisap di tempat awam, dah satu hal memberi pencemaran alam sekitar, pencemarah udara dan membahayakan orang awam dengan menjadikan mereka perokok secondary. Tak hisap vape pun jadi mangsa. Kenapa kerajaan meluluskan nikotin untuk keluar daripada akta racun ni sedangkan sudah terang lagi bersuluh, ianya merupakan ancaman terhadapa kesihatan rakyat? Siap bagi cukai lagi untuk setiap 4 ml kalau tak silap tapi adalah cukainya. Cara beginikah kerajaan mengawal ekonomi? Iaitu dengan menjadikan rakyat sebagai kambing hitam, asalkan jualan mereka laku keras dan kerajaan pun dapat merasakan cukainya? Takde sebab munasabah untuk kerajaan meluluskan sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh memberi ancaman nyawa dan kesihatan kepada rakyat walaupun rakyat menyukainya. Lagi kerajaan lulus, lagi senanglah rakyat buat kerja. Habis tu bila ramai dah sakit, jangan cari hospital, jangan cari doktor. Doktor yang lebih pakar dah bagi nasihat tentang keburukan vape tapi tak nak dengar. Tambah pulak kerajaan madani meluluskannya.

Budak2 twitter yang beria sokong PH pun dah hilang. Bila bab rasuah, menyalak-nyalak kat twitter, penuh timeline salahkan kerajaan belah sana. Tapi bila PH kerajaan madani kegemaran diorang timbulkan isu, mana mereka untuk menegakkan kebenaran? Senyap seribu bahasa, tiada yang nak melawan sebab diorang pun hisap vape, ape ada hal dengan diorang? Diorang tak fikir secara meluas, diorang hanya fikir kalau bentu baik untuk diorang, diorang senyap padahal buruk untuk orang lain.

Sikap pemimpin janganlah terlalu angkuh dan mementingkan diri sendiri. Lagi satu, kenapa Anwar Ibrahim tiba-tiba nasihatkan orang Melayu jangan terlalu selesa, jangan terlalu angkuh? Rakyat PH yang mengundi PH dulu tak nak pulak ke pertikaikan, kenapa Melayu? Kenapa statement dia tak menyeluruh untuk semua kaum? Bab Melayu bila bukak bab bangsa lain dikatanya rasis, bila bangsa lain kutuk Melayu, diorang tak anggap rasis pun. Apa kaitan keselesaan dan keangkuhan dengan Melayu? Ingat Melayu sahaja ke duduk Malaysia ni. Dari zaman dulu, Orang Melayu jugak bagi keamanan kat orang Cina dan India, yang paling kaya kat Malayia pun bukan orang Melayu tapi kaum lain jugak. Kasihan orang Melayu, mengata bangsa lain dikatanya rasis, tapi bila bangsa lain mengata Melayu, tak ada tindakan dan mengiyakan sahaja, mengangguk macam lembu dicucuk telur di hujung tanduk.